Mengejutkan!! Ibu Mertua Dedah Sikap Sebenar Hairul Azreen

#Ibu Mertua Doakan Hanis Zalikha & Khairul Azreen Kuat Hadapi Dugaan .Ibu kepada Hanis Zalikha, Nani Rostam mengakui sikap rendah diri Hairul Azreen membuatkan pelakon itu disenangi oleh dirinya dan juga keluarga walaupun baru mula-mula berjumpa.

“Masa mula-mula berjumpa dengan Hairul lagi kami sudah suka akan sikapnya yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati hingga mudah buat orang suka kepadanya.


Cuma kelakuannya sedikit agak kebudak- budakan, namun sikap rendah dirinya buat kami sekeluarga tertarik,” katanya kepada portal Murai.

Selain itu, ibu mertua Hairul Azreen ini juga menyatakan bahawa dia berharap agar Hanis dan juga menantunya itu tabah melayari bahtera alam rumahtangga yang sememangnya penuh dengan cabaran dan dugaan.

“Saya mendoakan agar mereka berbahagia dan kuat dalam menghadapi dugaan dan cabaran yang mendatang kerana dalam perkahwinan ada pasang surutnya dan harap mereka boleh bertolak ansur serta boleh menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik nanti,” luahnya. - ROTIKAYA

0 Response to "Mengejutkan!! Ibu Mertua Dedah Sikap Sebenar Hairul Azreen"

Post a Comment