Dalam tinjauan dibuat bersempena Program Komuniti Prihatin Gelandangan, seramai 80 gelandangan diselamatkan di mana lebih 60 peratus daripada jumlah itu membabitkan gelandangan transit yang bekerja di sekitar bandaraya ini dan Singapura.
“Kebanyakan masalah gelandangan berulang adalah membabitkan mereka yang terdiri daripada kutu raya disebabkan masalah penagihan dadah atau alkohol. Bagaimanapun gelandangan transit paling ramai diselamatkan dalam tinjauan itu.
“Alasannya, kadar sewa yang mahal di bandaraya ini menyebabkan mereka tiada pilihan sehingga sanggup tidur di kaki lima. Apatah lagi cuma berada di sini antara empat hingga lima jam sahaja sebelum masuk semula ke Singapura.
“Bagi gelandangan yang bekerja di bandaraya ini, selain ada yang tidak menyewa rumah ada juga memberi alasan jarak antara kediaman dan tempat kerja jauh menyebabkan mereka tidak pulang dan sanggup tidur sebentar di kawasan terbuka,” katanya.
“Kami turut menemui sepasang kekasih yang tidur di sebuah jejantas mendakwa terpaksa tidur di situ selepas hasrat untuk bertunang di halang keluarga. Kemudiannya mereka datang ke bandaraya ini dengan alasan mencari pekerjaan,” katanya.
Beliau berkata, kesemua 80 gelandangan berkenaan diselamatkan mengikut Seksyen 3 (2) Akta Orang Papa 1977 dan sebahagiannya ditempatkan di rumah perlindungan untuk tindakan lanjut manakala selebihnya diberi amaran. -SH
0 Response to "Mengejutkan!! Kami tidak mampu... sewa rumah di sini mahal [ Gambar ]"
Post a Comment